Welcome to my world. Be nice here. Thank you. +Follow | Dashboard
Karya Jalanan




Di Sebalik Kegembiraan
17 July 2012 | 15:49 | 0 comments
 
Hi Assalamualaikum. Aku rindu blog aku. Blog yang sudah lama tak dijengah. Yang sudah lama tak di update. Semuanya sudah lama. Aku rasa macam tak ada masa je nak update padahal jadi orang takde lah busy sangat sebenarnya. Mungkin tak ada yang nak aku cerita. Oh mungkin.
Tapi kali ni aku rasa macam ada cerita. 
Masa tuh berlaku 13 Julai yang lalu. Aku di sekolah sentiasa menanti debaran Ms check upu. Aku rasa aku macam tak sabar. Nak balik bila dah pukul 12. Dan tamat sahaja waktu persekolahan, aku balik dan terus buka laman upu. Aku rasa terkejut dan terharu bila dia dapat apa yang dia nak. Tahniah sayang. Kenapa ye aku baru nak post harini ? Aku rasa aku baru ada masa. 
Perasaan aku bila buka tuh ? Janganlah tanya kan. Tiba tiba terasa air mata nak keluar. Alahai gedik kan Syahirah ? Hehe. Mana tak nya lepas habis matrik harituh banyak masa dihabiskan bersama. Masa belajar dan masa lapang semua diisi dengan aktiviti kami. Lepas ni dah takde dah macam tuh lagi. Aku pasti rindu dia dan itu sememangnya. 
Ms pergi bulan 9 nanti. Mungkin selepas raya dan apa yang pasti semasa aku menghadapi percubaan Spm. Aku tak dapat bayangkan perasaan aku masa tuh. Sedih menangis dan gembira mungkin tidak. Sometimes saja buat perangai bangang kata "awak tak payah pergilah sayang. Awak duduk kat sini teman saya spm :(". Dia selalu bagi semangat kat aku. Semangat untuk belajar, semangat untuk berjaya, semangat untuk menjejakkan kaki ke menara gading, semangat untuk membanggakan kedua ibu bapa. Itu semua penting tapi aku tetap dengan sifat malas aku.

Dan sekarang aku hanya menunggu masa. Menunggu masa untuk dia menjejakkan kaki menyambung ijazah sarjana muda. Sayang nanti dah pergi mohon jaga diri dan jangan lupa orang disini. 

Hi semua, dah lah kesat air mata tuh. Cerita ni tak sedih pon sebenarnya. Tak kisah si pembaca nak kata apa dan apa yang aku rasa mungkin awak faham dan tak semestinya awak boleh turut merasa. Kalau pernah rasa mungkin situasi dan keadaan kita berbeza. Percayalah setiap orang ada cerita yang tersendiri. 

Okay, Bye x)

Older Post | Newer Post