Welcome to my world. Be nice here. Thank you. +Follow | Dashboard
Karya Jalanan




Di Suatu Petang
07 May 2012 | 00:46 | 0 comments
Assalamualaikum . Di malam yang indah ini aku terasa sekali ingin menaip untuk dipamerkan di khalayak blog .Aku sendiri tak tahu apa yang harus kongsikan kepada rakan pembaca semua . Harap semua pembaca tidak bosan sama sekali walaupun cerita di sini belum bermula :)



Harini bersamaan 7 May 2012 . 2 cerita pendek ini berlaku semasa 5 May . Tapi tak salah kan kalau cerita lambat dua hari ? Tak kan tak kan ? First sekali nak cerita , masa aku pergi praktikal L 3 jam tuh aku dapat seorang guru yang aku sendiri pon taktahu nak kata apa . Dia sangat menyakitkan hati . Sangat sangat okay .Mula praktikal nak dekat jam 3 sebab selagi aku tak dapat jawab soalan yang dia tanya selagi tuh aku tak boleh mulakan praktikal dan dia kata aku "saya tahu awak tak sabar nak belajar" . Maaf Encik dah salah faham -.-

Dan selepas itu aku terus terang "Cikgu sebenarnya saya blur dan saya rasa saya datang tadi dengan fikiran yang kosong . Apa yang cikgu ajar tuh bulan lepas saya rasa saya tak ingat" *dalam hati : actually banyak lagi benda aku nak ingat . All about exam and study* tapi kang takut kena bahan siapa suruh amek lesen dah tahu nak exam . Dia pon jawab "Memang lah bulan lepas tapi bukan 2 tahun lepas kan ?" . Aku tahu dia memang cari pasal . Kata makcik , dia kelakar . Ye dia memang okay aku rasa tak kelakar . Okay tapi menyakitkan hati . Itu sangat tidak best namanya . 

Kemudian dia kata "takpelah jom" *belajar* . Aku pon membontut je dia sampai ke kereta . Dia ajar aku bawa , ye mula-mula memang dia ajar aku terus mahir . Takde lah mahir kuasa doblas kan ? tapi boleh lah . Nak naik bukit tetiba mati . Banyak kali juga aku kena marah sebab mati mati mati sampai dia kata "Kalau asek mati rosak lah ar-cond ni . Dah berapa kali rosak sebab mati tahu tak" . Dalam hati :* memang lah dah orang baru belajar* . 

Taktahu ke dia aku duduk sebelah dia sakit hati je bila aku tanya dia buat bodoh dan sibuk mencabut janggut dia tuh ? Sakai lah pakcik -.-
Ada masa tuh aku kenakan dia aku tekan minyak dan dia pon apa lagi . Tersandar lah kan . Okay *padan muka* . Dan dia dengan rotannya dengan apa segala sepit keluar untuk janggut nya dan aku rasa nak siku je . Dia marah-marah aku dan aku dengan lagak tak bersalah menjawab segala apa yang dia kata . Dia pernah cerita masa teori "semua yang belajar dengan saya menangis and bla bla bla .." . Hi Encik saya tak lalu nak mengalirkan air mata kerana awak walaupun awak marah dan tengking saya macamana sekali pon .

Akhir sekali , habis praktikal jam 5 tapi jam 4.45 petang dia dah suruh parking kereta . Aku tanya "Aik dah habis ke ? baru pukul berapa" dan Encik tersebut menjawab "Memang lah ada banyak awak kena tahu *okay dah tak ingat dialog act*" . Aku pancing dan berkata "Sebenarnya saya nak balik cepat ni nak kemas rumah nak balik kampung" "Lah kenapa tak cakap awal-awal" "dalam hati : *Ele suka lah tuh habis awal*" . Nak keluar kereta aku cakap dengan YB tuh "sebenarnya saya tak boleh kena marah nanti saya rasa macam nak marah cikgu balik . Sebab tuh bila cikgu diam tadi saya rasa saya boleh buat" "Dah lepas ni pergi cari cikgu yang lembut-lembut jangan cari saya lagi . Okay saya memang taknak cikgu :p

Seterusnya , malam tuh jumpa si kekasih hati . Nak bagi hadiah during his birthday on 6th May lah kan . Tapi bagi awal apa salahnya sebab nak balik kampung . Aku pon dapat hadiah juga . Ye botol air . Seriously aku memang suka botol air dan taktahu kenapa . Ada lagi barang lain tapi rahsia . Di sini hanya ingin berkongsi suka dan duka alahaii tak tipu . 

Okay sekian cerita yang telah lama disimpan di lubuk hati ini , Dear readers Good Night :)





Older Post | Newer Post