Welcome to my world. Be nice here. Thank you. +Follow | Dashboard
Karya Jalanan




Me with Her 8)
26 February 2012 | 19:11 | 1 comments

Hee Hi . Okay aku copy lagi sekali dari Aliah Syafina . She is my bowling partner . Dari Smk Pasir Gudang yang berentap masa tournament bowling baru-2 ni dekat daiman . Khamis lepas game tuh bersamaan 23 Feb 2012 . Alhamdulillah . Usaha kami berjaya dan tak sia sia cikgu Khuzaimi *cikgu bowling* yang bawak kami semua *player bowling u18 u15* pergi training 2 hari berturut-turut di mana-mana pusat bowling di Johor Bahru ni . 

Cerita pasal gambar : Gambar di-Snap oleh Teacher Bahiyah . Cikgu yang hantar kami pergi daiman dan menanti kami selama beberapa jam tuh . Bosan taw . Saya Syahirah Najihah dapat link yang berbeza tapi bersebelahan dengan Aliah Syafina . Bowling Mssd tahun ni bermain secara individu . Agak tak best jugak lah tapi boleh lah . 

Berkat usaha kami yang main tonggang langgang tuh akhirnya kami berjaya membawa pulang Piala dan sijil . Tempat ke berapa berapa tuh alahai nanti lah sayangg . Rahsia okay :)
Lepas game tuh rasa macam nak ulang balik main 6 game sekali lagi sebab Ya Allah terlalu tak puas hati dengan total marks tuh . Saya cakap dengan Aliah "Eh aku dah target awal-2 dah aku tak menang punya . Eee rasa macam nak ulang je . Markah aku teruk" . Dan alhamdulillah saya menang dan tak sangka . 

Tahniah saya ucapkan yang satu group dengan saya Amirah , Fify , Effah . Saya , Fify dan Effah dari form 3 kitaorang main mesti sama group . Tolong Jeles ^^ hihi . 

Dah lepas amek piala dan sijil tuh , tetiba terfikir , Tahun depan dah tak dapat main bowling dengan sekolah . Dah tak dapat main macam tahun ni atau sebelumnya . Mesti rindu gila nanti kan kan ? Hihi . Okay sampai sini sahaja . Thanks for Reading :)

Older Post | Newer Post