Welcome to my world. Be nice here. Thank you. +Follow | Dashboard
Karya Jalanan




Bersabarlah Menghadapi Ujian ;)
15 November 2010 | 02:19 | 0 comments
Hidup di dunia tidak lepas dari ujian dan dugaan dari Allah . Itu sudah menjadi rencah kehidupan manusia .Ada dua jenis bentuk ujian buat manusia , ujian dalam bentuk kesenangan dan ujian dalam bentuk kesusahan .


Cuma ., acapkali apabila disebut ujian Allah maka rata-rata manusia beranggapan ujian itu adalah dalam bentuk bala dan musibah .Ramai yang lupa akan ujian kesenangan yang datang dalam pelbagai bentuk kekayaan , kekuasaan , kesihatan dan sebagainya .


Bahkan ujian kesenangan sebenarnya labih sukar kerana kebiasaanya manusia itu lupa kepada Tuhan tatkala dirinya mengecapi pelbagai kesenangan hidup .Apabila ditimpa kesusahan , kebanyakan manusia akan kembali menyeru Tuhannya .


Mengenai ujian kesusahan , firman Allah dalam surah al-Baqarah :


(155) Demi sesungguhnya ! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut *kepada musuh* dan *dengan merasai* kelaparan dan *dengan berlakunya* kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman .Dan berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar .:
(156) (Iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa sesuatu kesusahan ,mereka berkata : "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali" .
(157) Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya ; dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk dan hidayahNya .


Maka ujian yang datang daripada Allah itu ialah timbulnya perasaan takut di hati , kelaparan , hilangnya harta benda , tanaman dan orang yang disayangi .Kebiasaanya apabila manusia ditimpa musibah , pastinya mereka berada dalam keadaan sedih , dukacita dan gusar . Tetapi manusia yang sabar menghadapi ujian akan menerima khabar yang gembira .


http://www.iluvislam.com

Older Post | Newer Post